Diharap kau insaf dan janganlah lagi mengulangi perangai menggedis berskandal dengan suami orang. Ikutkan hati nak je sebut nama kau tapi ketara sangatlah nak membuka aib kau sebab our mutual friends pun sangatlah ramai.
Kami perhati tingkah laku yang menimbulkan rasa meluat di kalangan keluarga kami yang tak kami suarakan. Di saat orang baru mendirikan rumahtangga, sampai lah kau mengandung, beranak dan kau masih dengan muka setebal tembok tak malu menonjolkan diri dengan harapan kami semua dapat menghalalkan perbuatan kau. Dah lama aku tak luahkan benda-benda macam ni. Tapi disebabkan cerita ni mungkin boleh jadi pengajaran kepada orang lain. Aku kongsi sahaja.
Untuk perhatian : kerosakan yang kau buat ni sangatlah besar. Kalau aku cerita sampai malam pun tak habis. Daripada rosaknya kebahagiaan keluarga orang, impact nya kepada suasana persekitaran kerja dan masuk pula part serangan sihir halilintar berbalas-balas (yang semua orang mindfuck di zaman yang moden ini) entahkan betul entahkan tidak dan si paranoia pun mengganggu persekitaran kerja orang lain dan tak pasal-pasal orang lain pun sudah terlibat sama kerana kau ingin mencapai matlamat. Walhal pada awalnya kau ada pilihan untuk tidak ambik risiko berhubungan dengan suami orang, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Now dah terbukti dengan kata-kata yang kesat dari kau sendiri. Huru-hara kau ganggu hidup kami semua.
Kau nak cakap pasal qada dan qadar. Sebab dah takdir. Senang kan? Aku harap wajah kau tak kelihatan lagi di kawasan yang berhampiran please. Hormatilah kebahagiaan orang lain. Bayangkan kalau terjadi dekat diri sendiri? Allah dah janji kau buat baik dia bagi baik, now kau buat jahat kau tunggulah turn, what goes around comes around, sampai mati pun aku tak akan maafkan kau dan jangan harap anak-anak aku nak maafkan kau, tak malu sungguh. Now tak payah lah nak layan hostile macam kau tak bersalah dan ketahuilah orang lain pun siap kena boikot sebab konon bersubahat dalam menganggu kebahagiaan orang lain.
Anggap je lah ni satu nasihat dan tauladan. Move on dan mulakan life yang baru. Tak payahlah kau dan keluarga kau nak sibuk-sibuk stalk kawan-kawan sekolah dan keluarganya sambil menjuihkan bibir. Pendek cerita tak payah lah kau nak ada kaitan apa apa lagi dengan diorang dan kitorang. Thanks.
P/S : bercakap dari pihak perempuan dan tips menjadi perempuan yang menghormati kebahagiaan perempuan lain. dan aku sayang semua kawan-kawan aku sebenarnya.
Comments