Skip to main content

Gunung berapi dasar laut mampu menjadi pemusnah paling besar di muka bumi




KETENANGAN Lautan Pasifik Selatan yang membiru airnya terganggu pada 16 Mac lalu berikutan satu letusan gunung berapi dasar laut di perairan berhampiran negara Tonga.

Letusan kuat itu menyebabkan asap, wap dan debu menyelubungi kawasan sekitar perairan tersebut hingga ke langit. Pakar mengatakan letusan yang kerap dan bertalu-talu itu telah memuntahkan batu dan debu-debu hitam setinggi beratus-ratus meter ke udara.

Ketua Ahli Seismologi Kerajaan Tonga, Kelepi Mafi yang meninjau lokasi letusan itu baru-baru ini berkata, gunung berapi tersebut mempunyai dua lohong iaitu di Hunga Ha'apai dan sebuah lagi berada kira-kira 100 meter dari luar pesisir pantai.

Kandungan isipadu batu dan debu yang dimuntahkan daripada kedua-dua lohong itu telah memenuhi ruang antara keduanya. Ini secara tidak langsung menyebabkan pertambahan berat dan keluasan kepada pulau berkenaan kepada lebih beratus-ratus meter persegi.


GUNUNG berapi di dasar laut turut memberi ancaman kepada sistem ekologi alam.



KELEPI MAFI


Gunung berapi dasar laut yang meletus itu, terletak kira-kira 10 kilometer (km) dari pulau utama Tongatapu. Dipercayai, sekurang-kurangnya terdapat 36 buah lagi gunung berapi dasar laut yang masih wujud di sekitar perairan tersebut.

Letusannya berlaku beberapa hari selepas satu gempa bumi sederhana melanda kepulauan itu. Akibatnya, ia telah memusnahkan kawasan yang kaya dengan pelbagai hidupan dan tumbuh-tumbuhan menjadi padang yang dilitupi debu-debu hitam dan tunggul pokok.

"Seluruh pulau itu musnah sepenuhnya. Tiada satu pun hidupan yang selamat. Apa yang tinggal hanyalah tunggul-tunggul pokok kelapa, selain bangkai burung dan ikan yang mati di dalam laut," jelas seorang wartawan radio tempatan, George Lavaka yang merupakan antara orang terawal melawat kawasan kejadian bersama sekumpulan pegawai, saintis dan individu berkaitan empat hari selepas letusan berlaku.

Lavaka juga sempat menceritakan pengalaman cemas yang dialaminya bersama anggota pelawat lain di mana ketika berada hampir dengan pulau tersebut, satu letusan kuat berlaku menyebabkan kesemua mereka terkejut dan tidak tahu hendak berbuat apa.

"Letusan kuat itu berlaku seiring dengan kepulan asap hitam besar yang datang ke arah kami sehingga salah seorang daripada kami menjerit agar enjin bot dihidupkan.

"Namun, kami bersyukur kerana kira-kira 30 meter sebelum ia menghampiri bot kami, asap hitam itu terus berhenti," katanya kepada Reuters.

Rentetan daripada peristiwa itu, pada Jumaat lalu (20 April), satu gempa bumi berukuran 7.9 magnitud sekali lagi melanda Lautan Pasifik yang menggegar dan mencetuskan ledakan gunung berapi di dasar laut berhampiran Pulau Tonga.




Gempa itu berlaku pada pukul 7.17 pagi waktu tempatan dan berpusat di 210km di barat daya ibu negara Tonga, Nuku'alofa, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (ASGS).

Kejadian seumpama itu menambahkan lagi kebimbangan pakar terhadap limpahan lahar dan pengeluaran debu yang berterusan.

Bagaimanapun, apa yang menghairankan ialah tiada sebarang kerosakan, kemalangan jiwa mahupun kecederaan dilaporkan akibat gempa yang dirasai kesannya sejauh 3,000km sehingga ke New Zealand.

Sejurus selepas gempa berlaku, pihak berkuasa turut mengeluarkan satu amaran kemungkinan berlakunya tsunami di kawasan yang berada dalam lingkungan 1,000km dari pusat gempa. Namun, setelah menunggu selama dua jam, amaran tersebut ditarik balik kerana tiada sebarang tanda berlakunya tsunami.

"Kami amat bertuah dan agak bernasib baik kerana tsunami tidak berlaku," kata Mafi kepada AP sambil memberi amaran bahawa gempa itu secara langsung mencetuskan ledakan gunung berapi kira-kira 10km dari pantai barat daya Pulau Tongatapu.

Situasi ini menyebabkan lebih banyak lahar melimpah dan debu bersemburan ke udara. Asap tebal dan wap menjulang setinggi 20km ke langit akibat kejadian gempa tersebut.

Satu pemeriksaan yang dilakukan ke atas gunung berapi itu baru-baru ini dengan menggunakan bot di lokasi sejauh 3.2km dari asap yang menyembur keluar menunjukkan lahar dengan garis pusat 10 meter terbentuk dari dasar laut.

"Ia mengalir keluar terus dari perut laut," katanya, sambil menambah letusan ganas itu bermakna ia amat berisiko untuk dihampiri oleh sesiapa sahaja.


PENDUDUK melihat letusan gunung berapi dasar laut yang mengeluarkan asap yang tebal dan boleh dilihat dari jauh.


Pihak berkuasa Tonga pula mengumumkan, tidak ada laporan kecederaan atau kerosakan berlaku terhadap 170 pulau di bawah jajahannya.

"Agak menakjubkan dengan magnitud yang begitu besar, tidak ada kerosakan dan kecederaan. Kami mungkin mati dengan mudah, jika sebaliknya berlaku," kata Komander Polis Nasional, Chris Kelly.

Sementara itu, seorang penduduk Nuku'alofa, Mary Fonua berkata, tiada kerosakan ketara yang wujud selepas gempa yang berlangsung hampir seminit itu tercetus.

"Terdapat banyak gegaran dan getaran ketika gempa berlaku. Ia berlangsung sehingga 30 saat dan apabila saya keluar, saya dapat lihat rumah itu bergegar selama lebih kurang 30 saat lagi. Bekalan elektrik dan talian telefon juga langsung tidak terjejas.


ASAP hitam dan batu-batu tercampak keluar sehingga beratus-ratus meter ke udara.





Ahli seismologi dari Institut Geologikal & Sains Nuklear New Zealand, Caroline Holden berkata, ia agak memeranjatkan kerana tiada terdapat apa-apa kerosakan nyata di Tonga akibat gempa tersebut.

"Saya fikir perkara paling kritikal dalam kejadian gempa bumi ialah bangunan. Di tempat yang tidak terdapat bangunan tinggi, anda tidak jangka kerosakan yang banyak atau kecederaan teruk.

"Tetapi jarak 200km dari pusat gempa amat hampir untuk magnitud seperti itu dan ditambah pula dengan kedalaman air yang agak cetek, ia mampu mencetuskan kemusnahan yang agak teruk," jelas Holden. - Agensi

Gunung berapi pemusnah paling besar

PROFESOR Simon Turner, seorang ahli geologi kimia di Universiti Macquarie di Sydney memberi amaran bahawa jika gunung berapi di dasar laut terus meletus, ia mempunyai potensi untuk menjadi pemusnah paling besar.

"Gunung berapi dasar laut boleh menjadi ganas dan mempunyai kesan maksimum terhadap iklim. Gunung berapi ini masih tidak memasuki stratosfera lagi, tetapi jika ledakannya berterusan, itu menunjukkan kemungkinan ia akan menyerap masuk ke ruang tersebut," ujar Turner.

Kepulauan itu mungkin akan lenyap beberapa bulan lagi atau beberapa tahun akan datang, tetapi kesudahannya ia tetap akan terhakis oleh ombak. Ia terbentuk daripada pumis, sejenis batu yang tercipta apabila lava dan gas meletup di dalam air cetek dan menyejuk serta berkecai dengan pantas.

Ian Wright, wakil National Oceanographic Centre (Pusat Ilmu Lautan Kebangsaan) di Southampton menjelaskan bahawa letusan itu berlaku di lengkungan gunung berapi di Lautan Pasifik Barat yang dipanggil Lingkaran Api Pasifik.


SIMON TURNER


Beberapa bahagian magma dijangka akan menyerap ke dalam gunung berapi di Kepulauan Tonga.

Sekumpulan saintis kini sedang melakukan pemerhatian terhadap letusan dan mengukur kesannya termasuk mengira saiz pulau yang baru terbentuk.

Letusan yang sama turut berlaku dua tahun lalu di Home Reef dalam Kepulauan Tonga yang kemudian membentuk sebuah pulau kecil. Sebahagian daripada pumis yang tercampak keluar semasa letusan itu terapung sehingga lebih daripada 1,200 kilometer untuk sampai ke Australia.

Namun, gempa bumi di dasar laut yang paling teruk dalam sejarah berlaku di Sumatera, Indonesia pada 24 Disember 2004 yang menyebabkan berlakunya tsunami dan membunuh lebih daripada 220,000 nyawa di 12 buah negara.

Di Lautan Pasifik Selatan, sekurang-kurangnya 52 orang terbunuh akibat tsunami yang melanda Kepulauan Solomon pada April 2007 selepas gempa berukuran 8.0 magnitud berlak

Comments

Anonymous said…
Good brief and this mail helped me alot in my college assignement. Say thank you you seeking your information.

Popular posts from this blog

Nichi Asu Maru / Kuantan Wreck

  The Kuantan Wreck's real name at the time of sinking was the Marvin 1.  It had just been bought shortly before it sunk and it is possible that they didn't even have time to repaint her as many years ago we were able to seem the name Nichi Asu Maru on her starboard side. Here is something I wrote up years ago although things do change over time and marine life die and migrate... The Nichi Asu Maru (にちやす丸) a.k.a. The Kuantan Wreck / Marvin 1 Nichi にち-  means several things and there is a logical progression of the meanings too.  First, it means “circle” or “round”.  It can also mean “sun” (that’s round, right?) or “day” because the day starts with the sun.  Usually though, on things such as ships, it is used as the abbreviation for “Nippon / Nihon”, i.e., the Japanese name for their own country.  The “Ni” character is also the first character in Nippon / Nihon.  Also note the Japanese flag features a rising sun.  So “nichi” on the ship quite possibly means “Japan

Al-Fatihah - Almarhum YAM Raja Shahruzzaman ibni Almarhum Sultan Idris al-Mutawakil Allah Shah Afifu’llah [Bugz]

I remember it was ONLY yesterday... when the news came on the 10th October 2014/ 15 Zulhijjah 1435M (Friday) at 3pm, it was very schocKing & it sHook everyone who knew, he was a person I and Tuntung called UncLe, someone whom we LoOk & respected regardless on his status of being the Anak Sotan Derih in which he always tells us. Its been years the friendsHip sTays and remains, everytime he caLLs/asked, Tuntung and me will drop/stop everytHing/what ever we are doing and our attention will be heading to wherever UncLe was either in Setapak, Janda Baik, Pahang and his final resting place at Bukit Antarabangsa, KL. UncLe had so many tHings to dO, we aLways wish him to take care of his health especiaLLy... He had wishes of what he wants, UncLe always said, its just matter of time, kena sabar, insyaaLLah it will come soon... and the memories stiLL lingers ON and ON... Its already been 1 week the passing of Almarhum, his jokes/laughs will aLways stay fresh in our

Flor do Mar ShipWreck and Lost Treasures

Historical background The Flor do Mar (Flower of the Sea) was a Portuguese ship of 400 tons, built in Lisbon in 1502. Her maiden voyage was under the command of Estavao de Gama (brother of Vasco de Gama). She was part of the second voyage to India by the Portuguese in 1505. On her return voyage, she was beached rounding the Cape and put into Mozambique for repairs.  Then, she was taken out of the Lisbon - Goa route and participated in the conquest of Ormuz in 1507. She was also part of the battle of Diu in 1509, the conquest of Goa in 1510 and the conquest of Malacca in 1511. She was finally lost in a violent storm off the northern tip of the coast of Sumatra on her return trip to Lisbon with Alfonso de Albuquerque on board and the spoils of Malacca.  One of the reports of her loss:  «…After the spoils, the Portuguese fleet set sail for Goa under the command of Alfonso de Albuquerque with 4 other ships and a junk. The weather was fine with a calm sea when suddenly; sailing