Diving Incident at P9 - LOST 17th March 2012 Pulau Sembilan & FOUND 3rd April 2012 Pulau Jarak (AL-FATIHAH)
Sinar Harian Edisi Perak
3 April 2012
Mayat penyelam, Ir Muhammad Nasir Mohtar, 53, yang dilapor hilang ketika menyelam berhampiran Pulau Rumbia di kawasan perairan Pulau Sembilan 17 Mac lepas ditemui terapung di Perairan Pulau Jarak, dekat sini awal pagi ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Ahmad Mat Isa ketika dihubungi berkata lelaki itu dikenalpasti oleh keluarga mangsa melalui jam tangan dan pakaian mangsa.
Terdahulu, Ketua Penguatkuasaan Daerah Maritim 3 Kpt Ang Cheng Hwa berkata mayat Nasir ditemui oleh seorang nelayan ketika dalam perjalanan balik ke Lumut selepas memancing ikan.
"Berikutan itu, pihak APMM menghantar bot Penggalang 13 dibantu kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Laksamana Hang Nadim ke lokasi untuk mengesan mayat itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata anggota bot Penggalang 13 menemui mayat Nasir yang lengkap berpakaian penyelam itu pada pukul 5.45 pagi kira-kira 2 batu nautika dari Pulau Jarak. Mayat Nasir dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat.
Ir Muhammad Nasir Mohtar yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor hilang ketika menyelam bersama sekumpulan 13 rakannya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung DSP Ahmad Mat Isa ketika dihubungi berkata lelaki itu dikenalpasti oleh keluarga mangsa melalui jam tangan dan pakaian mangsa.
Terdahulu, Ketua Penguatkuasaan Daerah Maritim 3 Kpt Ang Cheng Hwa berkata mayat Nasir ditemui oleh seorang nelayan ketika dalam perjalanan balik ke Lumut selepas memancing ikan.
"Berikutan itu, pihak APMM menghantar bot Penggalang 13 dibantu kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Laksamana Hang Nadim ke lokasi untuk mengesan mayat itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata anggota bot Penggalang 13 menemui mayat Nasir yang lengkap berpakaian penyelam itu pada pukul 5.45 pagi kira-kira 2 batu nautika dari Pulau Jarak. Mayat Nasir dihantar ke Hospital Seri Manjung (HSM) untuk bedah siasat.
Ir Muhammad Nasir Mohtar yang merupakan pesara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilapor hilang ketika menyelam bersama sekumpulan 13 rakannya.
Lt Kdr Ir Muhammad Nasir bin Mokhtar TLDM N/401439
Chronology Event, please CLICK --->; Eksklusif Kronologi Kejadian Kes
Bernama Media – Sun, Mar 18, 2012
IPOH, March 18 (Bernama) -- An army retiree, Mohd Nasir Mokhtar, 52, who is believed to have drowned while scuba diving with friends in Batu Hitam, Kepulauan Sembilan, Pangkor near here yesterday, has still not been found.
Pangkor Fire and Rescue Assistant Superintendent Arshad Abdullah said a search and rescue operation began at 8am this morning involving fire and rescue, marine police, Maritime Enforcement Agency and navy personnel.
"The search and rescue operation had to stop at 4pm when the weather was not good and the sea was rough. There are still no signs of the victim," he told Bernama.
He said the department received a report on the incident at about 11.50am yesterday, after the victim who was scuba-diving with a group of 13 divers, did not surface.
Meanwhile, a friend of the victim in his 50''s who declined to be identified, when contacted, said before the incident the victim had been told to change his floatation jacket which was leaking but he insisted it was a small leak and that he felt more comfortable with it.
-- BERNAMA
NBA CHW HA
Sinar Harian Edisi Perak
18 March 2012 IPOH - Seorang pesara tentera Mohd Nasir Mokhtar, 52, yang lemas ketika melakukan aktiviti skuba bersama rakan-rakannya di Batu Hitam, Kepulauan Sembilan, Pangkor, dekat sini, masih belum ditemui. Penolong Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat Pangkor, Arshad Abdullah berkata operasi mencari dan menyelamat yang bermula pukul 8 pagi tadi dihentikan sementara pada pukul 4 petang kerana keadaan cuaca yang tidak baik dan laut bergelora. "Masih tiada lagi petanda awal yang membawa kepada penemuan mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, selepas mangsa didapati tidak timbul ketika melakukan aktiviti itu bersama satu kumpulan penyelam yang dianggotai l3 orang. Sementara itu, rakan mangsa berumur lingkungan 50-an yang enggan dikenali ketika dihubungi berkata mangsa sebelum ini pernah melakukan aktiviti tersebut bagi menghabiskan waktu lapangnya. "Saya dengan Mohd Nasir baru kenal, setahu saya dia (Mohd Nasir) dah lama lakukan aktiviti skuba...sebelum kami bertolak ke pulau itu tiba-tiba dia nak ikut sama menyelam," katanya. Beliau berkata sebelum kejadian berlaku mangsa diminta menukar jaket pengapungan kepada yang lain kerana jaket miliknya sendiri itu didapati bocor. "Sebelum kami selam memang jaket dia bocor, kami minta dia tukar jaket lain tapi dia tak mahu dan dia bagi tahu kami jaket dia bocor sedikit sahaja dan selesa pakai jaket itu," katanya. Katanya, ketika aktiviti itu bermula Mohd Nasir berada jauh 15 meter dari anggota kumpulannya yang lain. "Bila masuk dalam air dia memang jauh dari kami. Tiba-tiba dia tenggelam timbul dan kami lihat dia semakin jauh dari kami. Kami cuba nak selamatkan tapi tak sempat sebab dia hanyut di bawa air laut," katanya. -Bernama
Comments from Sinar Harian Readers :
- Sapa boleh update, dah jumpa ke belum?
Fiuzz Hafiz Saini · Subscribe · Trainee Surveyor at Ship Classification of Malaysia
Ir. Nasir pensyarah yang telah banyak mengajar untuk survival diri. Mudah-mudahan cepat2 ditemui mangsa... Amin...
Hazwan Hafiz · Kemaman, Terengganu, Malaysia
Sebelum saya tamat belajar, saya belajar dgn Ir Nasir, Ketegasan beliau amatlah menjadikan dia seorang idola yang baik...Semoga Allah mempermudahkan segalanya....
Ahmad Mustaqim Hj Rodzuan · Subscribe · Top Commenter
pensyarah UniKL MIMET yg kami sayangi..semoga Allah mempermudahkan urusan pencarian beliau ..
Wan Nur Hidayah · Subscribe · UITM SRI ISKANDAR, PERAK
semoga pencarian pihak penyelamat dipermudahkan..doakanlah bersama..
Sayalah Diriku · Santiago, Chile
Semoga pencarian pihak penyelamat dipermudahkan..Doakan bersama moga Ir Nasir cepat2 di temui...Amin!
Sheida Anuar
Freaking shocked when I've heard bout Ir. Nasir, just met him last month..twice.and he's such a nice guy and very humble..still keep his message during our visit to Genting Etika early diz month..may Allah blessed him and hope he will be fine..pray for the miracle would happened..Amin...
Lily Alieya Abdmp · TUKANG MAKAN PROFESSINAL JOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!! at Pama
InsyaALLAH...ALLAH MAHA BESAR,semoga usaha para penyelamat dipermudahkan ALLAH...mari kita sama2 doakan...
Israa Fasyer · Works at UTS Marketing Solutions
kepada manusia yang pandai2 buat cerita.. ingat la bahawa dosa tetap akn diterima jika memfitnah... jadi RENUNG2KAN!
Mior Shaifuddin · Institut Teknologi Mara Cawangan Perak, Manjung
aslm bekas pelajar King Edward VII Taiping...semoga dipermudah menemuinya.
Hc Koh · Programme Manager at Rheinmetall - Contraves
Kehilangan Ir. Nasir sememangnya mendatangkan kejutan kepada aku.. Terutamanya bila kita baru saje bertemu bulan lepas dalam mesyuarat.. R.I.P.Ir. Nasir.
Adhliey RichMind · Subscribe · Top commenter
semoga uncle nasir (sahabat karib kepada ayahku ini) dijumpai..
Nang Gua Ma · Timbuktu, Tombouctou, Mali
mari kita berdoa supaya beliau dijumpai, in diving safety comes first
Nurul Awatif Ahmad · University of Malaya
Ya Allah, Engkau permudahkanlah dan janganlah Engkau susahkan. salam takziah buat jiranku sekeluarga.
Comments